Sunday, 1 April 2012
Thursday, 29 March 2012
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN
PIBG SK Haji Ismail telah menganjurkan majlis ini dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Sumbangan disampaikan oleh pihak Yayasan Taqwa ( Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan).
Seramai 161 orang murid 5 buah sekolah kawasan sekitar telah menerima sumbangan berupa 2 pasang pakaian sekolah dan 2 pasang kasut. Sekolah yang terlibat selain dari SK Haji Ismail ialah SK Kuala Kedah, SK Telok Kechai, SK Seri Pantai dan SK Taman Bersatu.
Pihak GPMS juga telar berbesar hati menyumbang sebanyak RM500 kepada pihak PIBG sekolah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
SUMBANGAN UNTUK 5 BUAH SEKOLAH |
SAMBIL MELAWAT BILIK PPDa |
SUMBANGAN KEPADA PIHAK PIBG |
Tuesday, 27 March 2012
JERSEY PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH
Pihak PIBG telah berjaya mendapatkan sumbangan jersey untuk pasukan bola baling sekolah yang telah berjaya menjadi Johan Peringkat PKG dan mewakili PKG Telok Kechai ke peringkat daerah Kota Setar.
Terimakasih diucapkan kepada pihak Etika Ekspress atas sumbangan jersey untuk pasukan sekolah.
Terimakasih diucapkan kepada pihak Etika Ekspress atas sumbangan jersey untuk pasukan sekolah.
Sunday, 25 March 2012
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-36
Mesyuarat ini dirasmikan oleh Ybhg Dato' Ariffin bin Man, DSDK., AMK., BKM., PJK., JP. Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pertubuhan Peladang Mada, Alor Setar, Kedah. Di dalam majlis ini juga pihak PIBG telah memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang mendapat 5A di dalam UPSR tahun 2011 berupa Sijil Simpanan Premium bernilai RM150 setiap seorang. Juga disampaikan bantuan berupa kotak pensil kepada murid-murid yang layak.
Wednesday, 21 March 2012
Tuesday, 20 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)