MISI


PIBG Sk Haji Ismail secara berterusan memberikan komitmen  dalam membantu pihak sekolah melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan semua pelajar dengan cara:

1.  Membantu dan sentiasa memberi sokongan dalam usaha memenuhi kehendak dan keperluan material pelajar dalam setiap aspek.

2.  Berusaha mempertingkatkan penyertaan aktif ibu bapa dan komuniti dalam segala program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, PIBG atau agensi berkaitan  serta sentiasa memperhebatkan publisiti dan kempen kesedaran.

3. Sentiasa bersedia memberi sokongan dan membantu pihak sekolah dalam segala aktiviti atau program untuk kepentingan semua pihak dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan kebajikan pelajar.