Sebagai pembuka tirai bagi aktiviti mega bagi tahun 2016, acara Merentas Desa merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh murid-murid.
Acara Merentas Desa ini juga bertujuan untuk menghubungkan silaturrahim yang baik antara warga SK Haji Ismail termasuk PIBG SK Haji Ismail, bersama dengan penduduk setempat yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada pihak sekolah dan PIBG.
Oleh itu, pada 28 Januari 2016, pihak SK Haji Ismail dengan kerjasama pihak PIBG SK Haji Ismail telah menganjurkan acara merentas desa yang disertai oleh murid-murid Tahun 4, 5, dan 6.
Murid-murid yang menyertai acara merentas desa ini telah dilepaskan di Dataran Kejat Sk Haji Ismail dan melalui empat 'check point' yang telah ditetapkan dan pada setiap check point, mereka dibekalkan gelang getah berwarna mengikut setiap 'check point'. Acara ini juga berakhir pada penamat di Dataran Kejat juga.
Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua PIBG SK Haji Ismail, En. Suwandi b. Abu Bakar, BKM., PJK dan Ketua Balai Polis Kuala Kedah, Yang Setia SI Wan Othman b. Abbas.
No comments:
Post a Comment